Sebenarnya apa yang kita rasakan adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita berfikiran positif maka kita akan merasa tenang, tidak mudah melatah, dan tidak mudah terganggu emosi walau dalam keadaan apa sekalipun, sebaliknya kalau kita berfikiran negatif, segala yang kita rasakan adalah menyusahkan, membimbangkan, merunsingkan, merisaukan dan emosi mudah saja terganggu walaupun disebabkan oleh perkara yang kecil-kecil. Sebab itu, orang yang berfikiran negatif mudah menjadi murung (depressed) kerana apa yang difikirkan semuanya mengarah kepada negatif.
Hasil kajian sains menunjukkan selain daripada ubat penenang, senaman dan exercise lain sperti berlari atau berjalan cepat juga dapat membantu mengurangkan tekanan rasa kemurungan kepada orang yang murung. Senaman ini dilakukan selama 30 minit setiap hari 5 hari seminggu untuk menampakkan hasil. Ini kerana senaman dapat memicu bahan kimia di otak (neurotransmitter – e.g. serotonin, norepinephrine) untuk berfungsi normal bagi seseorang itu merasakan ketenangan, rasa lega, dan gembira, sebab semasa kemurungan, neurotransmitter otak dihalang daripada berfungsi.
Oleh itu, sesiapa yang mula rasa tertekan eloklah diubat secara semulajadi dengan melakukan senaman atau sebarang aktiviti yang lasak, sebelum ia melarat bertukar menjadi murung.
No comments:
Post a Comment