Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:
- Berumur 35 tahun dan ke atas.
- Sejarah diabetes pada kandungan lepas
- Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
- Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
- Riwayat keluarga diabetes
- Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
- Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
- Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah
Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:
- Hospital dan klinik kerajaan
- Hospital swasta
- Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
- Makmal perubatan swasta
Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?
Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan. Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.
Penentuan kadar glukosa dalam darah
Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnya diperlukan. Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.
Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?
Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual
No comments:
Post a Comment