Tuesday, 28 February 2012

SAYANGILAH DIRI ANDA


Kesibukan kerja dan urusan rumahtangga bagi seseorang wanita kadang-kadang menghlang seseorang wanita itu untuk menguruskan masa untuk diri sendiri.Lebih-lebih lagi jika wanita mempunyai anak-anak yang masih kecil.Oleh ebab alasan ini maka ramai wanita diluar sana mengambil sikap sambil lewa dalam penjagaan diri sendiri .Seharusnya di awal umur 30-an ini wanita sepatutnya mementingkan penjagaan diri dan akalu boleh mencuri sedikit masa untuk memanjakan diri sendiri.Dibawah ini adalah tips untuk wanita awal-30an mengekal kesihatan dan penampilan diri :
1)Kawal cara pemakanan lebihkan makanan yang  berserat tinggi sperti sayur,buah-buahan kurangkan makanan berlemak
2)Gunakan pelembab muka yang sesuai dengan muka kerana di awal 30-an muka kita memerlukan pelembab untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapan,
3)cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari-jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa panjang kerana pendedahan yang lama bukan sahaja dapat mengelapkan kulit malah ia boleh menghilangkan kelembapan kulit dan membawa kepada kekeringan kulit.
4)Sentiasa bersenam mampu meningkatkan keupayaan diri sendiri dan kesihatan.Pastikan kita melakukan senaman 3 kali seminggu.
5)Minumlah air kosong dengan banyak setiap hari kerana gejalan penuaan dan kekeringan kulit boleh dilambatkan dengan memastikan kulit sentiasa lembab dengan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh badan kita.Air juga dapat membuang toksin dalam tubuh badan kita membantui proses penghadaman tubuh badan
6)Elakkan bermekap terlalu tebal dimuka wanita yang menjangkau umur 30an digalakan bermekap nipis dan sederhana sahaja kerana jika wanita berumur 30-an ini bermekap tebal dan memakai lipstik yang berwana merah menyala ini akan membuatkan wanita itu  nampak tua dan garang
7)Bersikap positiflah dan selalu ceria dan menghabiskan masa bersama dengan yang tersayang akan membantu membina keyakinan diri dan menghilangkan stress terutama bagi wanita yang berkerjaya.

No comments:

Post a Comment