Tuesday, 28 February 2012
KEGUNAAN GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM
Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makanan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.
Manusia dijadikan dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin . Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit. Banyak kegunaan garam antaranya - pengawit ikan supaya tidak busuk. - menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak. - Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak. - Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam.
Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja. Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam.
Antaranya: Penyakit Gaut "timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 atau 2 jam kemudian mandi air laut. Kalu dok bando macam KL mana ada pantai - boleh goreng 1 atau 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit. Garam tu bunggkus lah dengan kain.
Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam. cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.
Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan.
Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir. Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus.
1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya.
Insyaalah tidak mengigau lagi.
2. Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment