Wednesday, 29 February 2012

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT


GARAM

Merupakan bahan yang diperlukan dalam kehidupan harian...
Jadi memilih dan mengambil garam yang terbaik adalah sangat penting..

Garam buatan zaman moden mengandungi 99% natrium klorida (NaCI) dan bersifat asid. Ia mengalami kehilangan elemen mikro dalam proses pengilangan dan mengandungi aditif.

Dr. Numada Isgimu, Pengerusi Composite Medical Association, Jepun menyatakan NaCI adalah punca utama penyakit darah tinggi.
Jadi, adalah amat bahaya jika garam buatan digunakan dengan banyak.
Jadi sebagai alternative gunalah :

Garam Buluh (Bamboo Salt) Hai-O :
KESIHATAN KELUARGA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA
Garam Buluh Hai-O :
* kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen makro iaitu magnesium, kalsium dan kalium yang membantu mengekalkan keseimbangan badan
* Garam bersifat alkhali dan dapat menyeimbangkan PH badan supaya cenderung kepada beralkhali lemah.
* Mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan mempertingkatkan kadar metabolisma

sesuai untuk merawat alternative untuk penyakit:
Sakit Jantung
Strok
Darah tinggi
Kencing Manis
 
Penyakit Kulit
KESIHATAN KELUARGA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA

Harga
Marine Essence Beauty Bar 100g x 3 - RM105
Garam Buluh Kapsul - RM90
Garam Buluh Minum (Bambo Salt - Premier Drink) - RM 128
Garam Buluh  Masak ( Bamboo Salt - Premier Cooking Salt Powder)RM 53

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN GARAM BULUH

Detoksifikasi/Menyahtoksikan:
  • Toksin logam berat
  • Bakteria, kuman, virus, dan toksin
  • Lemak darah, kolesterol, keracunan asid
  • Sembelit dan kolon bertoksin

Bahan bertenaga tinggi:
  • dapat membebaskan FIR secara berterusan (pembakran lebih 1000 darjah celcius)
  • memperkuatkan molekul air dalam badan
  • memperbaiki kadar metabolisme, menguatkan sistem imunisasi, menyingkirkan kotoran dalam darah dan meningkatkan pemulihan tisu.

Menyeimbang dan menyelaraskan badan:
  • mengekalkan keseimbangan badan
  • kaya dengan mineral (elemen mikro) yang diperlukan oleh badan
  • berlkali (pH10.5-11.0)-menyeimbangkan pH badan
  • memperkuatkan fungsi tekanan osmotik, memulihkan kadar metabolisme badan, membantu sistem pencernaan, perkumuhan dan penyerapan nutrien

Pemulihan:
  • anti-pengoksidaan - menyingkirkan radikal bebas yang merosakkan sel badan dan memperbaiki sel yang rosak.
  • Magnesium – penting untuk jantung, memperbaiki tekanan darah tinggi, menggalakkan penyerapan besi, mengekalkan keseimbangan cecair badan, menyelaras pengecutan otot dan meningkatkan daya ingatan.
  • Selenium – melambatkan penuaan, pengerasan sel tisu, melindungi sistem kardiovaskular dan menentang pertumbuhan tumor badan

BAHAYA TOKSIN DALAM BADAN MANUSIA


Menurut pakar, "TOKSIN" adalah bahan yang membahayakan sel dan organ badan. Menurut pakar tradisional Cina pula, toksin akibat daripada sembelit adalah sumber segala penyakit. Manakala pakar perubatan barat berpendapat bahawa sumber utama toksin dalam badan adalah bahan buangan yang terhasil daripada prosses metabolisme lemak, gula, protein dan sebagainya dalam badan serta sisa makanan yang tertinggal dalam usus. Selain itu unsur persekitaran seperti logam berat, bahan kimia pertanian, barangan buatan industri kimia , ubat-ubatan serta udara dan air yang telah dicemari telah membawa bahan yang merbahaya kepada badan manusia. maka, kita berada dalam keadaan yang disekelilingi oleh toksin sepanjang masa.

TOKSIN YANG TERKUMPUL DI DALAM BADAN, AKAN MENGAKIBATKAN SIMPTON-SIMPTON BERIKUT PADA PERINGKAT YANG BERLAINAN.

  • Sakit kepada
  • Keletihan yang kronik
  • Sistem penghadaman terganggu
  • kelesuan otot
  • Tinnitus (Telinga Berdengung)
  • Lemah daya ingatan
  • Keradangan sendi yang tidak diketahui
  • Kerap rasa mengantuk
  • kegemukan
  • Daya tahan terhadap bakteria atau jangkitan virus menjadi lemah
  • Penyakit keimunan diri
  • Kanser

Tuesday, 28 February 2012

SAYANGILAH DIRI ANDA


Kesibukan kerja dan urusan rumahtangga bagi seseorang wanita kadang-kadang menghlang seseorang wanita itu untuk menguruskan masa untuk diri sendiri.Lebih-lebih lagi jika wanita mempunyai anak-anak yang masih kecil.Oleh ebab alasan ini maka ramai wanita diluar sana mengambil sikap sambil lewa dalam penjagaan diri sendiri .Seharusnya di awal umur 30-an ini wanita sepatutnya mementingkan penjagaan diri dan akalu boleh mencuri sedikit masa untuk memanjakan diri sendiri.Dibawah ini adalah tips untuk wanita awal-30an mengekal kesihatan dan penampilan diri :
1)Kawal cara pemakanan lebihkan makanan yang  berserat tinggi sperti sayur,buah-buahan kurangkan makanan berlemak
2)Gunakan pelembab muka yang sesuai dengan muka kerana di awal 30-an muka kita memerlukan pelembab untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapan,
3)cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari-jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa panjang kerana pendedahan yang lama bukan sahaja dapat mengelapkan kulit malah ia boleh menghilangkan kelembapan kulit dan membawa kepada kekeringan kulit.
4)Sentiasa bersenam mampu meningkatkan keupayaan diri sendiri dan kesihatan.Pastikan kita melakukan senaman 3 kali seminggu.
5)Minumlah air kosong dengan banyak setiap hari kerana gejalan penuaan dan kekeringan kulit boleh dilambatkan dengan memastikan kulit sentiasa lembab dengan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh badan kita.Air juga dapat membuang toksin dalam tubuh badan kita membantui proses penghadaman tubuh badan
6)Elakkan bermekap terlalu tebal dimuka wanita yang menjangkau umur 30an digalakan bermekap nipis dan sederhana sahaja kerana jika wanita berumur 30-an ini bermekap tebal dan memakai lipstik yang berwana merah menyala ini akan membuatkan wanita itu  nampak tua dan garang
7)Bersikap positiflah dan selalu ceria dan menghabiskan masa bersama dengan yang tersayang akan membantu membina keyakinan diri dan menghilangkan stress terutama bagi wanita yang berkerjaya.

KEGUNAAN GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM


Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan/makanan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera. 

Manusia dijadikan dari 4 unsur iaitu Tanah, Air, Api dan Angin . Garam datang dari unsur Tanah. Garam berasal dari laut dan dari bukit. Banyak kegunaan garam antaranya - pengawit ikan supaya tidak busuk. - menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air garam sebelum merebusnya/masak. - Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air garam sebelum di masak. - Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air garam. 

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja. Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. 

Antaranya: Penyakit Gaut "timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 atau 2 jam kemudian mandi air laut. Kalu dok bando macam KL mana ada pantai - boleh goreng 1 atau 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit. Garam tu bunggkus lah dengan kain. 

Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll - minum air suam dan sedikit garam. cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi. 

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. 

Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir. Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan jin/makhluk halus. 

1. Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. 

Insyaalah tidak mengigau lagi. 

2. Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin.

MELAWAN KENCING MANIS

Cara terbaik untuk melawan penyakit kencing manis atau diabetes adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Ini bukanlah perkara baru. Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun. 

Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.

Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang mengidap diabetes biasanya berat lampau atau obes. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.


Menukar diet: satu dari cara terbaik melawan diabetes

Kuncinya adalah menggabungkan senaman dengan diet yang betul. Diet yang betul bukanlah hanya mengurangkan pengambilan kalori. Ia termasuk mengambil makanan yang betul. Kita patut mengelakkan diri dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak terutamanya lemak binatang. Kita juga patut mengurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telor. Karbohidrat yang diproses sama sekali tidak boleh. Ianya termasuk gula pasir (putih), beras putih dan gandum putih. Sebaliknya kita patut mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen.

Ada juga makanan yang mempunyai kesan seperti insulin kepada tubuh bila ianya dimakan. Sebagai contoh: timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout. Individu yang merasakan mereka mempunyai risiko mendapat diabetes patut tingkatkan pengambilan makanan tersebut.

Pengambilan serat juga akan mengurangkan risiko mendapat diabetes. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Mereka yang mengidap diabetes atau mempunyai risiko mendapat diabetes tidak dapat memproses gula dengan baik. Individu yang mempunyai risiko mendapat diabates patut meningkatkan pengambilan serat. Mereka patut mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan, produk gandum tulen dan produk bijirin tulen. Pengambilan gula putih dan makanan yang tinggi kandungan gula putih mesti dikurangkan. Anda perlu menggantikan makanan tersebut dengan yang mengandungi serat yang tinggi.

Mereka yang ingin mengelakkan diabetes juga patut menjauhi minuman beralkohol. Alkohol akan mengurangkan tolerans glukosa terutamanya bagi mereka yang telah berumur dan mereka yang mempunyai risiko mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang meminum walau sedikit minuman beralkohol berkemungkinan besar akan rosak mata dan saraf mereka. Selain dari minuman beralkohol, merokok juga patut dielakkan untuk selamat dari mendapat diabetes. Rokok meningkatkan risiko penyakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain masalah kesihatan berkaitan dengan diabetes. Perokok tegar lebih mudah mendapat diabetes dari bukan perokok. Jadi sekiranya anda merokok, berhentilah dari tabiat tersebut demi kesihatan diri dan keluarga. Jika anda tidak merokok, jauhilah diri dari tabiat tersebut.

Senaman melindungi anda dari diabetes

Kedua-dua jenis diabetes (jenis 1 dan 2) boleh dielakkan atau diperbaiki dengan selalu melakukan senaman ringan. Fakta menunjukkan individu yang mengidap diabetes jenis 1, yang selalu bersenam, memerlukan kurang insulin. Manakala individu sihat yang selalu bersenam berkemungkinan besar tidak akan mendapat diabetes jenis 2. Sebabnya bersenam mengurangkan lemak badan dan seterusnya menambahbaik darjat sensitif badan terhadap insulin.

Senaman tidak semestinya senaman berat terutamanya jika sudah meningkat usia. Senaman mudah seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal dapat memperbaiki tahap gula dalam darah. Senaman memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot-otot berkenaan. Kesannya akan kekal lebih dari dua hari. Profil lemak darah dan tekanan darah yang memberi kesan kepada diabetes juga akan bertambah baik dengan selalu bersenam.

Setiap individu, terutamanya pengidap diabetes, perlu memantau paras gula dalam darah bila melakukan senaman. Ini disebabkan senaman boleh mengurangkan dan juga meningkatkan paras gula dalam darah. Anda dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor anda sebelum menjalani apa-apa program senaman. 

BERAPA BANYAK AIR KITA MINUM?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

MENENTUKAN BERAT BADAN

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai.

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil,sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6)) x 1.1 = 170 paun (77 kg).

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda.Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan. 

SISTEM IMUN PELINDUNG KESIHATAN KITA



Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:

Makrofaj (atau fagosit) - Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu. 

Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Sel T-pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-pembantu memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut. Sebagai contoh virus SARS. Sistem imun kita tidak mengenali mikro-organisma yang kita atau ibu kita belum pernah terdedah kepadanya. [Transfer Factor memainkan peranannya dengan membantu sel T-pembantu mengenali musuh yang datang menyerang].

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser. Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural). [Transfer Factor Advance Formula dan Transfer Factor Plus Advance ] masing-masing telah disahkan dapat meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 280% dan 430%.

Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun. Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus. [Transfer Factor mampu membangkitkan sel T-penindas dari tidur dan mengawal gerak balas imun dari menyerang sel tubuh dan seterusnya menghindar kita dari mendapat penyakit autoimun].

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik. [Transfer Factor RioVida membekalkan antioksidan dan transfer factor yang diperlukan oleh tubuh kita.] 

Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.



[Apa yang kita dapat pelajari dari kejadian yang sungguh hebat ini, selain dari penjagaan kesihatan. Al-Jaami' - Yang Maha Mengumpulkan - mengajar kita untuk bekerjasama sesama kita. Seperti kata pepatah Melayu, muafakat membawa berkat. Kajian pakar-pakar sumber manusia telah mengesahkan bahawa kita lebih efektif apabila bekerja sebagai satu pasukan.]

MITOS PEMAKANAN SIHAT




Seperti yang anda sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.

Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.

Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi.

Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan
pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat
mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat.

Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yang anda mahu.

Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan
apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi

Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7. Kurang minum.

Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik.

CARA MUDAH MENJAGA KESIHATAN

Glycemic Index (GI) pertama kali diperkenalkan oleh Dr. David Jenkins, profesor sains pemakanan di Universiti Toronto. GI mengkategorikan makanan yang mengandungi karbohidrat berdasarkan kesan terhadap kadar glukosa dalam darah. Indeks ini mengukur sejauh mana kenaikan glukosa di dalam darah meningkat selepas anda mengambil makanan tertentu.
Semakin tinggi indeks, semakin tinggi kesan terhadap kandungn glukosa (gula) dalam darah.
Julat GI
Makanan yang mengandungi karbohidrat terbahagi kepada tiga kumpulan, GI Rendah, Sederhana danTinggi:
  • Rendah: Makanan yang paras GI-nya kurang daripada 55
  • Sederhana: Makanan yang paras GI-nya antara 55 – 69
  • Tinggi: Makanan yang paras GI-nya melebihi 70
Apakah manfaat GI?
Pengambilan makanan tinggi GI dengan banyak akan menjejaskan kesihatan terutamanya bagi mereka yang berlebihan berat badan dan tidak aktif.
Makanan yang mengandungi GI yang rendah, akan menyebabkan turun naik/perubahan yang kecil pada paras gula atau insulin di dalam darah.
Hal ini akan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari (coronary heart disease) dan kencing manis (diabetes) untuk jangka masa panjang dan membantu pengekalan berat badan yang sihat.
Kajian menunjukkan diet ber-GI rendah sangat bermanfaat untuk:
  • Kencing manis: Kadar turun naik gula (glukosa) dan paras glukosa dalam badan akan lebih stabil.
  • Merendahkan kadar kolesterol dalam darah
  • Obesiti: Pengambilan makanan yang rendah GI akan menyebabkan kita lebih cepat kenyang dan lambat lapar menyebabkan kita kurang makan dan menstabilkan berat badan.
Bagaimanakah cara pengambilan makanan rendah GI?
  • Ambil sekurang-kurang tiga makanan GI rendah sepanjang hari, sebaik-baiknya pada setiap hidangan. Namun begitu, tidak perlu hanya GI rendah dalam semua pengambilan karbohidrat.
  • Jangan elak semua GI tinggi, tetapi cubalah makan dengan makanan GI rendah dan sederhana apabila mungkin. Hal ini akan mengurangkan purata GI dalam makanan.
  • Pertimbangkan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu dan kandungan karbohidrat yang tinggi dalam setiap hidangan dan snek.
  • Bahagikan jumlah karbohidrat yang anda ambil secara sama rata untuk sepanjang hari
Tips yang paling mudah:
  • Sarapan bijirin yang berasaskan oat, barli dan bran
  • Makan roti whole grain, tepung tumbuk atau doh masam
  • Kurangkan makan kentang
  • Makan pelbagai jenis buah dan sayur
  • Gunakan beras Basmati, Doongara atau Jepun koshihikari menggantikan beras Jasmine
  • Makan pasta, mi dan kuinoa
  • Banyakkan makan sayuran salad
Ingat, pengambilan makanan GI rendah hanyalah sebahagian daripada pemakanan sihat. Jangan lupa untuk:
  • Makan pada waktu yang tetap
  • Ambil makanan daripada pelbagai kumpulan makanan
  • Hadkan gula dan manisan
  • Kurangkan makanan berlemak
  • Sertakan makanan berserat tinggi
  • Hadkan garam, alkohol dan kafein
  • Minum banyak air
  • Pilih lemak yang sihat untuk jantung seperti canola dan minyak zaitun
Anda harus mengenal pasti makanan yang termasuk dalam kategori rendah, sederhana dan tinggi GI.
Beras Jasmine – 109
Kentang rebus – 100
Pisang – 88
Beras hancur – 86
Jus Oren – 75
Roti putih – 70

Kurma – 62
Mihun kering – 61
Betik – 58
Beras basmati – 55
Epal – 55

Kismis (Sun-Maid) – 54
Mangga – 51
Susu tanpa lemak – 46
Oren – 42