Wednesday 29 February 2012

BAHAYA TOKSIN DALAM BADAN MANUSIA


Menurut pakar, "TOKSIN" adalah bahan yang membahayakan sel dan organ badan. Menurut pakar tradisional Cina pula, toksin akibat daripada sembelit adalah sumber segala penyakit. Manakala pakar perubatan barat berpendapat bahawa sumber utama toksin dalam badan adalah bahan buangan yang terhasil daripada prosses metabolisme lemak, gula, protein dan sebagainya dalam badan serta sisa makanan yang tertinggal dalam usus. Selain itu unsur persekitaran seperti logam berat, bahan kimia pertanian, barangan buatan industri kimia , ubat-ubatan serta udara dan air yang telah dicemari telah membawa bahan yang merbahaya kepada badan manusia. maka, kita berada dalam keadaan yang disekelilingi oleh toksin sepanjang masa.

TOKSIN YANG TERKUMPUL DI DALAM BADAN, AKAN MENGAKIBATKAN SIMPTON-SIMPTON BERIKUT PADA PERINGKAT YANG BERLAINAN.

  • Sakit kepada
  • Keletihan yang kronik
  • Sistem penghadaman terganggu
  • kelesuan otot
  • Tinnitus (Telinga Berdengung)
  • Lemah daya ingatan
  • Keradangan sendi yang tidak diketahui
  • Kerap rasa mengantuk
  • kegemukan
  • Daya tahan terhadap bakteria atau jangkitan virus menjadi lemah
  • Penyakit keimunan diri
  • Kanser

No comments:

Post a Comment