Tuesday 13 March 2012

NYAHKAN TOKSIN DARI BADAN DENGAN GARAM BULUH

                                                                    Hapuskan toksin

Tubuh manusia berupaya menyingkirkan toksin dari badan secara semulajadi dengan bantuan organ-organ penyahtoksin (hati, kolon, buah pinggang, paru-paru, sistem limpa, kulit dan darah). 
Namun, kebanyakkan antara kita terdedah kepada toksin pada kadar yang amat tinggi dari persekitaran. Kajian menunjukkan bahawa toksin datang dari sumber keperluan seperti air minuman, perisa makanan, makanan yang diproses, bahan pencuci, logam berat, karbon monoksida dan rokok. Toksin yang terkumpul ini membebankan sistem nyahtoksin tubuh terutama hati dan kolon kita.
                                           Kebanyakkan makanan kita terdedah kepada toksin


Oleh itu disyorkan mengambil GARAM BULUH dalam diet harian dan dalam masakan. Ini kerana GARAM BULUH mengandungi kandungan silfur dan turpentin yang bersifat semulajadi, dapat meneutralkan toksin logam berat dengan berkesan.


Akibat daripada lebihan toksin
Jika fungsi hati menjadi lemah akibat dari lebihan toksin, toksin ini akan mengalir semula dalam tubuh melalui sistem limpa dan saluran darah. Toksin ini akan terhimpun didalam sel-sel badan seperti sel lemak, tisu-tisu, darah, kolon, hati dan otak. Dengan ini kita berisiko tinggi untuk mendapat penyakit.
Tanda badan terlebih toksin adalah :
                          *   sakit kepala
                          *   keletihan badan
                          *   kecerdasan otak berkurangan
                          *   emosi tidak menentu
                          *   sakit-sakit badan
                                                        Kolon bertoksin dan sembelit


Kolon (usus besar) merupakan sistem kumbahan badan dengan ukuran panjang 5 kaki. Biasanya makanan mengambil 8 - 10 jam selepas dimakan untuk tiba di kolon. Bila lebihan toksin terhimpun, masa untuk transit di kolon adalah lebih panjang. Akibatnya terjadilah sembelit, perut kembung dan sebagainya.
Jalan penyelesaiannya adalah dengan GARAM BULUH. GARAM BULUH dapat menghapuskan toksin-toksin dengan segera dan berkesan untuk membersihkan darah daripada kekotoran toksin-toksin yang berbahaya. 


                          TUKARLAH GARAM PUTIH KEPADA GARAM BULUH. 
                        
                              CALL AMRAN SEKARANG : 012-2178384

DIABETES....ADAKAH ANDA !!!!!

Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:
  1. Berumur 35 tahun dan ke atas.
  2. Sejarah diabetes pada kandungan lepas
  3. Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
  4. Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
  5. Riwayat keluarga diabetes
  6. Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
  7. Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
  8. Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah

Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:

  1. Hospital dan klinik kerajaan
  2. Hospital swasta
  3. Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
  4. Makmal perubatan swasta

Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?

Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan. Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.

Penentuan kadar glukosa dalam darah

Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnya diperlukan. Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.

Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?

Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual

SENAMAN BANTU MASALAH KEMURUNGAN

Sebenarnya apa yang kita rasakan adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita berfikiran positif maka kita akan merasa tenang, tidak mudah melatah, dan tidak mudah terganggu emosi walau dalam keadaan apa sekalipun, sebaliknya kalau kita berfikiran negatif, segala yang kita rasakan adalah menyusahkan, membimbangkan, merunsingkan, merisaukan dan emosi mudah saja terganggu walaupun disebabkan oleh perkara yang kecil-kecil. Sebab itu, orang yang berfikiran negatif mudah menjadi murung (depressed) kerana apa yang difikirkan semuanya mengarah kepada negatif.
Hasil kajian sains menunjukkan selain daripada ubat penenang, senaman dan exercise lain sperti berlari atau berjalan cepat juga dapat membantu mengurangkan tekanan rasa kemurungan kepada orang yang murung. Senaman ini dilakukan selama 30 minit setiap hari 5 hari seminggu untuk menampakkan hasil. Ini kerana senaman dapat memicu bahan kimia di otak (neurotransmitter – e.g. serotonin, norepinephrine) untuk berfungsi normal bagi seseorang itu merasakan ketenangan, rasa lega, dan gembira, sebab semasa kemurungan, neurotransmitter otak dihalang daripada berfungsi.
Oleh itu, sesiapa yang mula rasa tertekan eloklah diubat secara semulajadi dengan melakukan senaman atau sebarang aktiviti yang lasak, sebelum ia melarat bertukar menjadi murung.

AWAS!!! LOLIPOP BAHAYA , JAUHKAN DARI ANAK-ANAK

Kepada para ibu bapa, jangan benarkan anak-anak makan lolipop yang mempunyai pemegang yang bercahaya kerana ia toksik dan boleh menyebabkan barah dan mutasi gen.
Lolipop Batang Bercahaya Bahaya Kepada Kesihatan
BERBAHAYA…Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya yang dijual secara terbuka dipercayai mengandungi toksik yang boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia.
GEORGE TOWN: Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak yang dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang bertindak menghasilkan cahaya pada batang pemegang lolipop itu mengandungi toksik.
Katanya, bahan kimia pada pemegang lolipop tersebut akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati gula-gula itu.
“Kajian dilakukan oleh Institut Nasional Ujian Keselamatan dan Kebersihan Makananan di bahawa Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan bahawa pemegang lolipop itu mengandungi poly aromatic carbon (PAH). Ia bertindak menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.
“PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencarikan cat. Ia boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia,” katanya pada sidang media di ibu pejabat CAP di sini, Jumaat.
Idris berkata, lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya yang bercahaya.
Katanya, gula-gula tersebut yang telah diharamkan di Vietnam dijual secara terbuka di beberapa pasar mini dan penjaja di sekolah pada harga 40 sen setiap satu.
“Kementerian Kesihatan harus mengharamkan pengedaran dan penjualan lolipop tersebut. Pembalut gula-gula itu turut memaparkan nama syarikat yang menghasilkannya di Bukit Mertajam,” katanya.
Beliau mendakwa, logo halal pada kotak yang mengandungi 24 batang lolipop itu juga palsu.

PENYAKIT KURAP

Kurap atau ringworm adalah satu daripada penyakit kulit yang menjijikkan dan selalu dipandang hina dalam masyarakat Melayu. Sebab itu ada perumpamaan “seperti anjing kurap” dsb. Kurap mudah berjangkit dalam keadaan lembab terutamanya bagi kita yang duduk di kawasan tropika. Selain itu, berkongsi pakaian dengan orang yang berpenyakit ini juga menyebabkan kurap merebak dengan cepatnya. Yang jelasnya, kebersihan diri dan pakaian perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada dihinggapi oleh fungus penyebab kurap ini.

BELI SEKARANG : 012-2178384

Thursday 8 March 2012

AWAS !!!!!

Usus Anda Bertoksin? 
        *Adakah anda sering terasa letih tanpa sebab yang nyata?
   *Adakah berat badan anda kian meningkat dan benjolan lemak terkumpul, terutamanya dibahagian perut?
       *Adakah anda mengalami alergi kulit atau makanan ?
       *Adakah anda kerap mengalami masaalah sembelit dan diarea ?
       *Adakah anda kerap mengalami masaalah angin dan kesenakan?


TAHUKAH ANDA !!!

“LAMBUNGAN MANUSIA ITU TEMPATNYA SEGALA PENYAKIT, SEDANGKAN PENCEGAHAN ITU POKOK DARI SEGALA PENGUBATAN,” (HR. ad-Dailami) 
“90% penyakit berpunca dari usus besar” (Dr.John Harvey Kellogg) 


Lima saluran utama perkumuhan badan kita ialah usus, kulit, saluran pundi kencing , sistem limfa dan sistem pernafasan . 

Apabila sistem perkumuhan badan berfungsi dengan baik dan berkesan, darah , limfa dan cecair tisu akan berkeadaan bersih di mana ini adalah keperluan badan untuk mencapai kesihatan yang optimum. 

Apabila salah satu atau lebih saluran perkumuhan tidak berfungsi dengan baik maka saluran yang lain akan terpaksa bekerja lebih untuk menggantikannya . 

Jika saluran tidak dapat menampung kerja berlebihan maka toksik toksik dan sisa sisa buangan akan tinggal dalam saluran usus perut dan diserap semula ke dalam saluran darah mengikut aliran darah mengalir ke seluruh badan dan meninggalkan sisa sisa toksin pada bahagian organ dan tisu yang lemah serta menyebabkan auto intoksikasi ( badan meracuni diri sendiri ) . 
Dengan itu badan akan bertoksik yang menjadi dasar kepada mengidap penyakit.

Menurut kepada konsep kesihatan 90% peratus penyakit bermula dengan usus yang kotor. Toksin-toksin yang terkumpul di dalam usus biasanya melekat pada dinding usus perut dan ini akan menghindari proses pencernaan dan juga peroses penyerapan nutrien dan pemakanan kita . 

Pada masa sama toksin akan mencemarkan darah kita dan ini boleh menyebabkan badan kita menghidap pelbagai penyakit seperti ketumbuhan tumor,barah, gout, anemia, sakit sendi, penyakit buah pinggang dan pelbagai penyakit lain yang mengerikan

Untuk mencegah penyakit yang disebutkan di atas pembersihan usus, pengimbangan dan suplemen merupakan langkah-langkah yang penting perlu diutamakan. Jika usus diberishkan maka proses penyembuhan pada badan akan menjadi semakin kuat dan berfungsi normal begitu juga sistem imun akan bertambah kuat.

DETOKSIFIKASI


Detoksifikasi ialah proses membersih atau membuangkan segala bahan buangan seperti unsur-unsur pencemar, bahan-bahan logam berat, radikal bebas, agen penuaan dan sebagainya yang terhimpun dalam tubuh badan manusia.
Proses detoksifikasi dapat mengaktifkan sel-sel badan, seterusnya menggalakkan penyerapan nutrien di sampingmenguatkan fungsi organ dalam badan. Oleh itu, ia menjamin perjalanan sistem badan yang lancar.

Tai Shan Ganoderma (Lingzhi)
Tai Shan Ganoderma telah diperbuat dengan menggunakan teknologi saintifik dan kaedah pemprosesannya ialah jenis pengasingan spora. Hasilnya ialah Lingzhi dari Gunung Tai Shan (di negeri China) yang berbentuk kapsul ini.

Ia mengandungi germanium organik, polisakarida, adenosina, protein, asid amino, mineral, vitamin dan lain-lain bahan penting.

Tai Shan Ganoderma adalah baik untuk penjagaan kesihatan am. Ia adalah sejenis bahan pemakanan yang baik untuk semua.

          Cara pengambilan: 2 kali sehari, setiap kali 1-2 kapsul.

Hai-O Garlic
          Rempah yang Biasa & Makanan Kesihatan

Bawang putih, sejenis rempah yang lazim dimasukkan ke dalam makanan untuk memberi rasa, sesungguhnya adalah herba yang istimewa. Bawang putih adalah makanan kesihatan yang amat dihargai sejak zaman purba sehingga zaman sekarang.

Hai-O Garlic adalah pati daripada kandungan aktif bawang putih dikeluarkan melalui satu proses teknologi di mana nilai pemakanan dipertingkatkan serta rasa pedas dan bau semulajadi dibuangkan. Setiap butir bawang putih mengandungi 100% serbuk bawang putih. Hai-O Garlic tidak mendatangkan kepedihan kepada mukosa gastrik serta mudah diserap oleh usus kecil.

Hai-O Garlic adalah sesuai untuk golongan semua usia sama ada perempuan atau lelaki.

          Cara pengambilan: 2 butir, 2 kali setiap hari.

Hai-O Chitosan
          Makanan Semulajadi

Hai-O Chitosan merupakan produk hasilan gabungan chitosan. Chitosan pula adalah chitin yang telah dibuangkan polisakaridanya. Produk chitosan adalah kaya dengan gula amino. Ia diproses daripada hidupan berkarang yang mempunyai molekul semulajadi yang tinggi dalam bentuk biomas. 

Chitosan mudah bersebati dengan sel biologi, bersifat tidak beracun, mudah dilarutkan serta aktif. Kegunaan utamanya ialah dalam bidang perubatan dan pemprosesan makanan pembinaan.

Disebabkan peralihan zaman dan perubahan cara hidup serta pemakanan, peratusan penghidap masalah kesihatan semakin meningkat. Hai-O Chitosan merupakan suplemen kesihatan semulajadi.

          Cara pengambilan: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali sebelum makan.


Miautan Enerplus
          Minuman Tambahan Semulajadi yang Menyihatkan

Miautan Enerplus adalah produk berasaskan kalsium serta mempunyai bahan terapautik yang diformulasikan mengikut keperluan organ dalaman melalui penyediaan yang berlandaskan kepada prinsip terapi Cina Kuno. 

Fungsi utama:
          - Meningkatkan peredaran darah
          - Menguatkan fungsi badan

Cara pengambilan:
          1. Buka kapsul, tuangkan serbuk ke dalam air atau air mineral
          2. Goncang
          3. Miautan Enerplus boleh diminum bila-bila masa


Hai-O Organic Spirulina
          Organik, Penjagaan Kesihatan Semulajadi


Hai-O Organic Spirulina dibiak daripada baka spirulina dalam kolam air mineral di Gunung Da-Wu, kawasan Ping-Tung, Taiwan dengan persekitaran pembiakan yang bersih, tanpa unsur-unsur pencemaran. Ia adalah bebas daripada bahan-bahan kimia, baja, racun serangga atau logam berat dan merupakan makanan semulajadi dengan nutrien-nutrien yang menyeluruh untuk dimakan.

Hai-O Organic Spirulina mengandungi unsur Apogen®, iaitu sekumpulan protein yang diekstrak daripada alga untuk menjaga dan menjamin kesihatan susuk badan. Kajian Apogen® turut memperoleh paten daripada Amerika Syarikat (No. US 6346408) dengan terbitannya dalam Journal of Medical Virology 70: 119-125 pada Mei 2003 

Faedah-faedah pengambilan Hai-O Organic Spirulina:
          - Memberi tambahan nutrien yang menyeluruh kepada tubuh badan untuk menguatkan tubuh badan
          - Kaya dengan Vitamin B12 yang penting dalam penghasilan darah
          - Kandungan fiber yang tinggi (8-12%) dapat melegakan masalah sembelit
          Cara pengambilan: 5-10 pil sekali, 2-3 kali sehari.


Hai-O Chlorella
          Zat Makanan Tambahan Tradisional yang Sesuai untuk Keperluan Keluarga Anda

Pilihan terbaik untuk mengimbangi diet anda, Hai-O Chlorella telah menjadi pilihan dunia masa kini dalam membantu ke arah mengekalkan kesihatan sempurna.

Chlorella ialah tumbuhan sel-tunggal yang dijumpai dalam air bersih, mengandungi klorofil boleh mengeluarkan nutrien melalui kesan fotosintesis.

Fungsi: Membantu penghadaman dan melegakan sembelit.

       Cara pengambilan: Ambil sebelum makan. Setiap hari 10-20 biji untuk orang dewasa dan 5-10 biji untuk kanak-kanak.

 
Kapsul Garam Buluh Hai-O
          Kebaikan Kesihatan yang Mudah & Cepat

Hai-O Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Food membekalkan kebaikan garam buluh semulajadi dalam bentuk kapsul.

Setiap kapsul menggabungkan kebaikan pelbagai mineral dan elemen mikro seperti kalsium, kalium dan sebagainya. Ia terutamanya tinggi dalam magnesium.

Garam buluh yang bersifat alkali dapat membantu mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan menjaga kesihatan tubuh yang menyeluruh.

        Cara pengambilan: 2 kali sehari, 2-3 kapsul setiap kali.

Nurich Vital-Liv Capsule
             Kombinasi Ekstrak Herba Memberi Perlindungan untuk Hati

Kombinasi ekstrak herba-herba seperti Milk Thistle, Phyllanthus Niruri, Dandelion dan ramuan lain menjamin kesihatan hati anda dengan:
          - Memastikan fungsi hati yang normal
          - Membantu metabolisme badan

Hati merupakan organ penyahtoksin terbesar dalam badan. Hati menjalankan pelbagai fungsi penting yang berlainan seperti membekal tenaga, terlibat dalam metabolisme badan, membersihkan darah dan sebagainya.

          Cara pengambilan: 2 kapsul sehari.

Tuesday 6 March 2012

SAKIT KEPALA


Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.

Jenis-jenis Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.
2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
    v Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
        didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
        perubahan fikiran.

    v Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
    v Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.
3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.
4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.
5. Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.
6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.
7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.
8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.
9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.
10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.
11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Faktor-faktor Pencetus
v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap

Pengendalian
Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
    v Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
        anda).

    v Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
        (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).

    v Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.
Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika 
    v sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
    v Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan
        perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala. 

    v Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.
Tabiat Baru
v Belajar untuk beristirehat
v Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan
    keluarga anda membantu anda.

v Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak. 
v Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.

Buasir adalah salur darah yang membonjol dan membesar pada dan sekitar bahagian rektum atau dubur. Buasir boleh terjadi di bahagian dalaman atau luaran bergantung kepada rongga dubur.  Ia dikenali sebagai intero-eksterna apabila kedua-duanya adalah hadir. Buasir luaran diselaputi oleh kulit manakala buasir dalaman diselaputi oleh membran lendir.

Punca
Buasir terjadi kerana kelemahan pada dinding salur darah dan kelemahan pada injap-injap pada salur darah vena.
Faktor Risiko
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
v Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
v Mengandung
v Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
v Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat
    buasir.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Gumpalan lembut  atau gumpalan-gumpalan  boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
v Perasaan gatal atau pedih di sekitar dubur.
v Pendarahan, darah yang segar terutamanya selepas atau semasa membuang air besar.
v Sakit
Rawatan
v Pelali tempatan untuk melegakan sakit buat sementara.
v Pelincir disapu pada kawasan dubur.
v Pengecut salur darah – ubat-ubat yang mengakibatkan pengecutan salur-salur darah,
    terutamanya buasir yang telah membengkak.
v Astringen – menggumpalkan protein pada kulit dan oleh itu menghasilkan satu tisu
    perlindungan di atas tisu-tisu di bawahnya.
v Bagi buasir yang tergelincir keluar (iaitu buasir menjulur keluar dari dubur), rawatan adalah
    biasanya melalui pembedahan.
Jika Anda Ada Buasir
v Gunakan ubat yang disyorkan oleh doktor anda.
v Jika anda ada buasir dalaman, gunakan suppositori.
v Elakkan sembelit dengan mengambil makanan yang kaya dalam serat seperti sayur-
    sayuran
v dan buah-buahan.
v Minum banyak air.
v Gunakan laksatif yang sederhana, apabila dinasihat oleh doktor anda.
v Bersenam selalu untuk mengelak dari terjadinya sembelit.
Kebersihan Peribadi
v Bersihkan kawasan dubur selepas membuang air besar.
v Cuci dengan memancurkan air suam.
v Jangan gunakan sabun bagi tujuan pembersihan kerana ia akan menyakitkan membran
    mukus yang lembut.
v Tolak masuk buasir yang menjulur keluar dengan lembutnya ke dalam rektum.
v Ambil mandian “sitz” (yang melegakan ketidakselesaan dan kesakitan) menggunakan air
    garam (saline).
Bila Harus Berjumpa Dengan Doktor
v Jika anda mengalami buasir melebihi 3 bulan.
v Pendarahan yang teruk dan berterusan.
v Sakit yang teruk dan tajam  semasa membuang air besar (boleh menunjukkan kehadiran
    kekoyakkkan atau fisur dubur)
v Buasir yang menjulur keluar dan tidak boleh ditolak masuk.
v Pelelehan najis atau lendir

SEMBELIT


Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.

Gejala-gejala
Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar
v Meneran semasa membuang air besar
v Sakit semasa pergerakan usus 
v Kekejangan di bahagian abdomen
Penyebab-penyebab
1. Sembelit Mudah
    A. Stasis rektal, yang mungkin disebabkan oleh 
        - Tabiat buruk
        - Sakit pada bahagian dubur
        - Gangguan kesedaran kerana pelalian yang melampau.
    B. Stasis kolon, yang mungkin diakibatkan oleh 
        - pengambilan makanan yang kurang (kekurangan residu selulos di dalam diet seharian)
        - perubahan dalam pergerakan usus yang diakibatkan oleh ketidakfungsian endokrin
        - contohnya, penggunaan ubat tertentu seperti zat besi, kodein
2. Sembelit organik
    Ini mungkin disebabkan oleh

        - Keadaan penyakit seperti kencing manis, ulser peptik  dengan halangan, keadaan kemurungan.
        - Penyakit kolon, rektal atau pelvis.
        - Tekanan ke atas rektum, contohnya semasa mengandung atau disebabkan oleh tumor di bahagian pelvis.
Runding dengan doktor anda apabila:
        v Sembelit muncul sebagai gejala baru selepas umur 40 tahun.
        v Sembelit menjadi lebih sakit, teruk dan lebih kerap.
        v Terdapat darah di dalam najis - Najis berwarna gelap dan kelihatan seperti tar. 
        v Terdapat perubahan di dalam pergerakan usus. Sembelit berselang-seli dengan cirit-birit.
        v Sembelit tidak beransur pulih dengan suai-perubatan.
Penanganan
Doktor haruslah dirunding untuk mengenalpasti penyebab sembelit yang kronik
    v Sembelit transit perlahan - (disebabkan oleh pengambilan diet beresidu rendah), boleh
        dirawat dengan mengubah kepada diet yang tinggi dalam serat, dengan melebihkan pengambilan cecair dan senaman yang kerap. Makanan yang tinggi dalam serat ialah
        bran, buah-buahan kering, kekacang dan pasta. Sayur-sayuran dan buah-buahan
        mengandungi selulos tak-terserap dan pektin yang juga berguna di dalam perawatan sembelit.

    v Sediaan famakologi iaitu agen penghasil-pukal seperti metil selulos dan sekam  isphagula yang berguna bila diet sendirian tidak dapat melegakan gejala sembelit.
    v Laksatif osmotik, contohnya magnesium sulfat atau magnesium hiroksida adalah juga  berguna.
    v Laksatif perangsang - meningkatkan pergerakan usus, contohnya, senna
    v Pelembut najis, contohnya cecair parafin, merupakan langah jangka pendek untuk
        membantu melembutkan najis dalam penyakit dubur.

    v Agen prokinetik, contonya cisapride, yang memendekkan waktu peredaran usus.
Corak Hidup Baru
Pemakanan
    - lebihkan serat dalam pemakanan harian anda.

    - Minum 6-8 gelas cecair dalam sehari, contohnya jus, air, teh, kopi
Senam
    - mula program penyenaman yang baru atau sambung semula sukan yang anda telah minati dahulu.
Tabiat
    - Buang air besar selalu dan jangan tak perendahkan dorongan untuk membuang air besar

    - Kawal tekanan dan belajar untuk beristirehat.
    - Jangan memberi tekanan yang terlalu banyak pada latihan tandas kanak-kanak.
    - Jangan suai-ubat dengan terlalu banyak antasid.
Sembelit tidak harus ditakperendahkan dan harus dirawat pada peringkat awal apabila penyebab masalahnya diketahui selepas dibincang dengan doktor anda.

PENYAKIT SENDI

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.



Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang  belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
v Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan   rawan.
Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v  Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
v  Kekakuan pada awal pagi.
v  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
v  Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
v  Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
v  Kelemahan dan kepenatan.
v  Demam bergred rendah.
v  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
v  Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.


Penting
Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan
Penjagaan Kendiri
Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan 
v Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
v Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
v Selang selikan rehat.
v Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
v Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.
Gaya Hidup


v Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan  atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat
v Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
v Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk  mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
v Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
v Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan  usaha yang minima.
v Sertai kumpulan sokongan artritis.
v Fikir secara positif dan ceria selalu.
Elak


v Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
v Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
v Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
v Memakai kasut yang tidak berpadanan.
v Membiarkan sakit mengganggu moral anda.
Cara hidup dengan Arthritis
v Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan  sendi-sendi.
v Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
v Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

Monday 5 March 2012

AWASI PILIHAN MAKANAN DI TEMPAT KERJA

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

berwaspada dengan pengambilan makanan seharian bagi mengurangkan risiko penyakit. - Gambar hiasan


BERPULUH-puluh jenis juadah dan masakan yang lazat terhidang di kaunter kantin tempat kerja bagi membolehkan para pekerja membuat pilihan.
Memang rambang mata untuk memilihnya. Semuanya lazat dan membuat air liur kecur sekiranya tidak dapat merasakannya. Hendak mengambil satu dua lauk, rasanya rugi sebab tidak dapat merasa yang lain. Akhirnya bertimbun lauk di atas nasi. Hampir semuanya berminyak dan berlemak.
Difahamkan rakyat Malaysia sememangnya suka makan sesuka hati dan tidak menjaga pemakanan mereka. Akibatnya masalah obesiti dan penyakit kronik ekoran daripada pengambilan makanan yang tidak berkhasiat kini semakin meningkat di kalangan masyarakat.
Perkembangan tidak sihat ini pastinya membimbangkan. Lebih membingungkan ialah mengapa rakyat Malaysia sanggup memudaratkan kesihatan mereka dengan makan sesuka hati?
Satu daripada faktor yang boleh mendorong kepada keadaan ini ialah sikap rakyat Malaysia yang gemar makan pelbagai makanan dan malas bersenam.
Lebih memburukkan keadaan, kedai-kedai makan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia lupa yang mereka perlu mengamalkan pemakanan baik untuk kekal sihat .
Lagi malang apabila tabiat pekerja yang menjadi aset syarikat tidak mengendahkan pilihan makanan yang sihat, boleh memberi kesan kepada produktiviti dan kecekapan dalam pekerjaan.
Selain itu, kerana pelbagai penyakit yang dihadapi oleh pekerja, syarikat juga terpaksa menanggung perbelanjaan perubatan yang semakin menggunung, hanya semata-mata tiada kesedaran bahawa pemakanan tidak sihat hanya mengundang penyakit kronik seperti diabetes dan strok.
Adalah baik rakyat mangambil iktibar bahawa diabetes, strok, darah tinggi dan kanser adalah penyakit kemewahan, lazimnya produk gaya hidup tidak sihat . Jika orang ramai lebih berwaspada dalam apa yang masuk dalam mulut mereka, peluang adalah cerah bagi statistik berkaitan penyakit-penyakit ini berkurang.
Panduan menikmati pelbagai jenis makanan
- Makan berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
- Pelbagaikan jenis makanan daripada setiap aras Piramid Makanan.
- Digalakkan memilih menu yang berlainan dari hari ke hari.
- Cuba makanan yang anda tidak biasa makan.
Panduan menikmati lebih buah dan sayur
- Makan sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan.
- Makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu makan.
- Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
- Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur. (Contoh: nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal).
- Jadikan buah sebagai snek.- Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda.
Panduan mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak
- Pilih nasi putih berbanding nasi beriani, nasi minyak atau nasi lemak.
- Pilih makanan yang dipanggang, dibakar, dikukus atau direbus berbanding makanan bergoreng.
- Kurangkan mengambil kuah yang berlemak. Asingkan lebihan minyak dari kuah.
- Hadkan pengambilan organ dalaman haiwan (hati, limpa, paru, otak, perut) dan kuning telur.
- Makan daging tanpa lemak dan ayam tanpa kulit.
- Utamakan makanan tanpa santan.
- Kurangkan sapuan mentega atau marjerin pada roti/ biskut/ jagung.
- Minta dikurangkan mentega/marjerin pada hidangan apabila membuat pesanan.
Panduan menikmati bijirin penuh, legum, kekacang dan biji-bijian
- Makan sarapan berasaskan bijirin penuh seperti oat, jagung dan capati.
- Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh.
- Cuba gantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang.
- Makan makanan berasaskan legum seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu.
- Makan kekacang/biji-bijian beberapa kali seminggu. (contoh: biji selasih dalam minuman, kuih yang ditabur bijan).
Panduan mengurangkan pengambilan gula
- Minum air kosong untuk menggantikan minuman yang manis, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.
- Pilih buah-buahan segar untuk menggantikan kuih muih yang manis, biskut berkrim, gula-gula atau coklat.
- Pilih makanan yang kurang gula. Baca label untuk mengetahui kandungan gula.
- Minta dikurangkan gula atau susu pekat manis apabila membuat pesanan minuman.
Panduan memilih makanan yang selamat
- Pilih tempat makan yang bersih.
- Pastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri.
- Pastikan makanan dikendalikan dengan bersih dan selamat.
- Elakkan makanan yang tercemar.
- Pilih makanan yang segar atau baru dimasak.
- Elakkan pengambilan makanan hangus.
- Pastikan pembungkusan, kotak dan tin makanan dalam keadaan baik.
- Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet.
- Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.
- Elakkan makanan yang digoreng dengan minyak masak yang telah digunakan berulangkali.